Bismillah....
Assalammualaikum dan salam ukuwah semua.
Mungkin belum terlambat untuk Qila ucapkan " Selamat Hari Raya dari Qila sekeluarga, Maaf zahir dan batin. Semoga Syawal kali ini membawa keberkatan kpd keluarga dan juga dapat mengeratkan lagi hubungan antara keluarga tercinta". Yang ada kampung tu, baliklah beraya di sana. Indah tak terkata, beraya di bandar dengan di kampung sangat berbeza. Jadi baliklah yeeee XD Setelah cuti panjang selama dua minggu ni akhirnya kita sebgai pelajar kena lah berjuang di sekolah pula. Masa bulan ramadhan kita berjuang untuk menahan nafsu kita dari melakukan perbuatan yang membatalkan puasa. Percayalah setiap manusia yang hidup ni, mesti kena berjuang. Berjuang dalam pelbagai aspek. Kadang-kadang kita ni lalai, kita puasa di bulan yang mulia tapi tak buat perintah Allah. Tak sembahyang, tak baca Al-Quran. Walau malas macam mana pun, kena paksa juga diri tu. Seperti yang Qila kata, manusia perlu berjuang. So inilah perjuangannya, berjuang untuk kumpul pahala-pahala yang Allah bagi. Kalau kita tak minta, Allah takkan bagi. Kalau kita buat "Don't know je" siape pulak nak derma pahala untuk kita kan~ Manusia dilahirkan ada baik buruknya. Percaya pada Allah dah boleh buat diri kita yakin. In sha Allah~