25 jun 14 ( Jaga Diri )

Hm "can i miss you?" Haha feel awkward. Ya Allah! Cahaya mana cahaya. Hati gelap tanpa cahaya. Bila dah gelap tak ada apa yang boleh buat selain duduk diam diam dan menangis. Allah! Takkan kita biarkan diri menangis. Takkan kita biarkan diri duduk diam hanya berdiam! Pasti kita mahu bangkit dan berhenti menangis. Demi Allah kita bangkit. Inilah dunia. Ya Allah sampaikan rindu ini biarpun bukan cara terangan kerana mungkin ia akan menimbulkan fitnah atau sekali lagi diuji. Biarlah di sampaikan melalui hati. Jika jauhnya hati kami, Dekatkan lah ya Allah. Kami bangkit ini kerana kami sayangMu ya Allah. Kami tahu akan perbezaannya dunia dan akhirat. Belum tentu kami hidup esok. Belum tentu.............Luka meninggalkan kesan dan tanda. Tanda itu dianggap pengajaran. Luka ini terlalu dalam terlalu sakit. Hentam kesan didalam hati. Moga Allah sembuhkan krn semua sudah tertulis. Berdoalah sayang. Saya disisi awak tetapi Allah sentiasa disisi awak. Kenang dan memaafkan. Jika perlu dibaiki insya Allah demi Allah kita baiki. Ingat semuanya. Allah bersama kita. Allah dengar luahan kita. Salam alaiyk.

Qawiy lillahitaa'ala

"Ya Allah, berilah perlindungan kepada orang orang yang aku sayangi ketika aku sibuk dan lali dgn perkerjaan ku. Aku terlalu rindu kepada mereka. Gelak tawa mereka, cerita mereka, nasihat mereka, keprihatinan mereka, kasih mereka. Aku terlalu rindu ya Allah. Semuanya ku titipkan dalam hati dan panah dgn doa. Ada masa aku hampir jatuh kerana takut akan kehilangan mereka. Tapi siapalah aku untuk berkata "mereka hak ku" sungguh aku rindu namun doa pengubatnya. Allah! aku banyak melakukan kesilapan didunia. Aku hamba jahil. Kerna salah ini hilang kasih dan sayang. Tetapi aku sedar siapalah aku untuk memastikan mereka selamat. Aku hanya mampu berserah. Sayang ku tunggu. Ini dunia. Hanya sementara. Akhirat tu selamanya. Mungkin sakit disini tapi bahagia disana. Mungkin letih disini tapi tenang dan aman disana. Insya Allah. Rabbi yassir wala tu'assir rabbi tammim bil khair. "