25 jun 14 ( Jaga Diri )

Hm "can i miss you?" Haha feel awkward. Ya Allah! Cahaya mana cahaya. Hati gelap tanpa cahaya. Bila dah gelap tak ada apa yang boleh buat selain duduk diam diam dan menangis. Allah! Takkan kita biarkan diri menangis. Takkan kita biarkan diri duduk diam hanya berdiam! Pasti kita mahu bangkit dan berhenti menangis. Demi Allah kita bangkit. Inilah dunia. Ya Allah sampaikan rindu ini biarpun bukan cara terangan kerana mungkin ia akan menimbulkan fitnah atau sekali lagi diuji. Biarlah di sampaikan melalui hati. Jika jauhnya hati kami, Dekatkan lah ya Allah. Kami bangkit ini kerana kami sayangMu ya Allah. Kami tahu akan perbezaannya dunia dan akhirat. Belum tentu kami hidup esok. Belum tentu.............Luka meninggalkan kesan dan tanda. Tanda itu dianggap pengajaran. Luka ini terlalu dalam terlalu sakit. Hentam kesan didalam hati. Moga Allah sembuhkan krn semua sudah tertulis. Berdoalah sayang. Saya disisi awak tetapi Allah sentiasa disisi awak. Kenang dan memaafkan. Jika perlu dibaiki insya Allah demi Allah kita baiki. Ingat semuanya. Allah bersama kita. Allah dengar luahan kita. Salam alaiyk.