3 June 2014
Siapalah diri ini nak berlawan dengan takdir Allah. Mungkin ini sudah tertulis. Harus berkorban demi yang tersayang. Teringat masa dilayan dan dijaga dengan penuh kasih sayang. Tetapi semuanya hilang kerana masalah yang Allah beri. Mungkin tiada kekuatan antara kami. Mungkin ini sementara atau mungkin ini adalah pengakhirannya. Dari situ kita boleh kenal dimana kekuatan kita dan kesetiaan diri kita. Diri ini melakukan kekhilafan mungkin terlambat. Tetapi jika sayang dan kasih pasti akan tunggu sehingga akhir hayat. Semua telah ditelan dgn kesilapan. Banyak mana pun kenangan indah, banyak mana pun perubahan indah. Kalau sudah ada cerita buruk diselitkan pasti perkara buruk itu dirujuk hingga akhir hayat. Biarlah berkorban sekarang asalkan rasa diri ini dekat dengan Allah. Mungkin dendam takkan terpadam lalu menghapuskan segala sayang. Ajar diri untuk redha dan tabah. Pasti ada sesuatu hari nanti. Biarlah semua menjadi kenangan. Biarlah semuanya disimpan antara kita dengan Allah. Ramai mana pun tahu cerita kita, mereka takkan tahu rahsia disebalik cerita kerana rahsia yg betul betul rahsia hanya tersimpan pada Allah. Lawanlah perasaan. Hiduplah seperti bayi. masih tiada siapa yang kenal. Walau rasa terkilan tetapi apa kan daya kalau ini dari Allah. Allah tidak akan menguji kita kalau kita tiada daya untuk ujian itu. Biar dulu buat silap tapi jgn ulang sekarang. Cuba keluar selagi mampu. Semuanya akan terjawab suatu hari nanti. Wahai hati, banyakkan bersabar. Wahai fikiran, lupakan dan berfikiran matang. Sekian~
by
Qila Azman